Pjanic positif COVID-19

MADRID, 24 OGOS – Pemain tengah Barcelona, Miralem Pjanic, yang menyertai kelab dari pasukan juara Itali, Juventus pada musim panas, berkata kelmarin bahawa dia dalam keadaan ‘sihat’ selepas kelab baharunya memberitahu bahawa dia telah diuji positif dijangkiti koronavirus.

“Bernasib baik, saya dalam keadaan sihat dan tidak mempunyai sebarang gejala,” Pjanic menulis menerusi Instagram miliknya.

“Tetapi jika ada sesuatu yang saya pelajari, kita tidak boleh mensia-siakan apa yang kita ada, bahkan perkara yang kita anggap sebagai paling normal.

“Kehidupan yang kita jalani sekarang mengajar kita semua itu.”

Barca telah mengumumkan perkara tersebut lebih awal kelmarin bahawa Pjanic telah disahkan positif selepas merasa ‘sedikit kurang sihat’, menambah bahawa dia kini dalam ‘keadaan sihat’ dan menjalani pengasingan diri di rumah.

Pjanic ‘tidak akan membuat perjalanan ke Barcelona untuk 15 hari, apabila dia dijangka untuk melaporkan diri untuk memulakan latihan bersama pasukan FC Barcelona,” menurut kenyataan Barca.

Pemain kebangsaan Bosnia, yang dilaporkan sedang bercuti di Itali akan terlepas permulaan latihan pra musim pada 31 Ogos di bawah jurulatih baharu, Ronald Koeman. – AP