Wednesday, March 19, 2025
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    PJSC bahas cabaran kesihatan mental lelaki

    Oleh Sim Y.H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 NOV – Seramai 100 orang yang terdiri daripada pihak pengurusan kanan dan kakitangan Pantai Jerudong Specialist Centre (PJSC) serta penaja-penaja acara menghadiri sesi ceramah bertajuk Nurturing Men’s Mental Health : Insights from Islamic Traditions and Modern Advocacy yang berlangsung di Teater Kuliah, PJSC pada 3 November lalu.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh PJSC, di sini, sesi ceramah berkenaan dianjurkan oleh The Brunei Cancer Centre (TBCC), PJSC bersempena dengan kempen Kesedaran Kesihatan Lelaki Movember yang bermatlamat untuk memupuk kesedaran, pengetahuan dan dialog terbuka dalam pelbagai aspek kesejahteraan emosi, mental dan fizikal lelaki.

    Ceramah telah disampaikan oleh penceramah undangan, Pegawai Tugas-tugas Khas Tingkat II, Awang Muhammad Yussof bin Haji Abdul Majid yang memberikan gambaran keseluruhan mengenai cabaran-cabaran kesihatan mental masa kini yang dihadapi oleh lelaki termasuk statistik, stigma dan halangan untuk mendapatkan bantuan daripada perspektif Islam.

    Dalam ceramah itu juga, beliau turut meneroka mengenai peranan sembahyang, kesedaran dan kerohanian dalam menguruskan stres, kebimbangan dan kemurungan.

    Acara itu adalah sebahagian daripada misi Movember untuk meningkatkan kesedaran kepada orang ramai khususnya lelaki, bagi menjaga kesihatan mereka melalui kaedah holistik.

    Awang Muhammad Yussof (kiri) dan Pegawai Pendidikan Agama PJSC, Haji Ishkandar bin Haji Buntar semasa sesi ceramah yang diadakan di PJSC, baru-baru ini. – GAMBAR-GAMBAR SERAHAN PJSC
    Antara peserta yang hadir pada sesi ceramah tersebut. – GAMBAR SERAHAN PJSC

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda