Tuesday, April 23, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    PJSC peringati Hari Orang Kelainan Upaya Antarabangsa

    Oleh: Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 DIS – Pusat Sains Neuro, Strok dan Rehabilitasi Brunei (BNSRC) Pantai JerudongSpecialist Centre (PJSC) memperingati Hari Orang KelainanUpaya Antarabangsa (IDPWD) 2022 dengan acara dan pameran diadakan pada hari ini, bertempat di Teater Kuliah, Tingkat RF, Bangunan PJSC.

    Hadir selaku tetamu kehormat bagi melancarkan majlis tersebut ialah Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Hj Mohammad Isham bin Haji Jaafar yang juga Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah PJSC.

    IDPWD diperingati setiap 3 Disember untuk meningkatkan kesedaran tentang isu hilang upaya yang melibatkan individu kurang upaya.

    Ia juga bertujuan untuk mengumpul sokongan untuk maruah, hak, dan kebajikan umum mereka.

    Tema tahun ini, ‘Transformative solutions for inclusive development: the role of innovation in fuelling an accessible and equitable world’ menekankan lagi keperluan untuk penyelesaian transformatif meliputi tiga bidang berbeza iaitu Pembangunan inklusif dalam pekerjaan; Pembangunan inklusif dalam mengurangkan ketidaksamaan; dan Sukan pembangunan inklusif sebagai kes contoh.

    Kempen sedemikian diharapkan dapat meningkatkan pengetahuan tentang kepentingan memasukkan orang kurang upaya dalam semua aspek kehidupan politik, sosial, ekonomi dan budaya.

    Tetamu kehormat dan tetamu-tetamu berbesar hati menonton temu bual video pendek dengan pesakit yang berkongsi pengalaman dan cabaran hidup mereka yang kurang upaya.

    Mereka juga melihat klip video pendek yang ditulis ole salahseorang pesakit BNSRC.h Awang Hadi Hisyamuddin bin Hamzah,

    Yang Berhormat Dato Dr. Haji Mohammad Isham dibawa melawat ke salah satu pameran semasa memperingati Hari Orang Kurang Upaya Antarabangsa.

    Tetamu Kehormat melawat pameran yang terdiri daripada peserta pameran dari JAPEM, SMARTER Brunei, Majlis Paralimpik Brunei Darussalam dan jabatan-jabatan di bawah BNSRC iaitu Unit Psikologi, Terapi Seni, Fisioterapi, Terapi Pertuturan dan Bahasa, Terapi Pekerjaan, Jabatan Dietetik, Pekerja Sosial Perubatan dan Jabatan Kejururawatan.

    Hadir sama Pengarah Eksekutif, PJSC, Dr Haji Mazrul Admin bin Haji Awang Besar, Ketua Jabatan Pemulihan merangkap Pengerusi IDPWD 2022, Dr Abang Muhammad Fahmy bin Abang Henie, pegawai-pegawai kanan, pegawai dan kakitangan Kementerian Kesihatan, NGO dan PJSC.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...