PJSC sambut Hari Kanser Sedunia 2020

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 FEB – Hari Kanser Sedunia diraikan setiap 4 Februari dan negara-negara di seluruh dunia memperingatinya dengan aktiviti-aktiviti yang bermatlamat untuk meningkatkan kesedaran mengenai kanser menerusi sokongan dan penyelesaian Kesatuan bagi Kawalan Kanser Antarabangsa (UICC).

Pusat Pakar Pantai Jerudong (PJSC) tidak ketinggalan meraikan Hari Kanser Sedunia bersama pesakit-pesakit kanser dan rakan-rakan seperti Yayasan Kanak-Kanak Kanser (YASKA) dan Kumpulan Sokongan Kanser Payu Dara (BBCSG).

Acara kemuncak sambutan berkenaan adalah Acara Berjalan, Berlari dan Berbasikal yang akan diadakan pada 9 Februari depan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, antara aktiviti yang dianjurkan semasa perhimpunan Hari Kanser Sedunia berkenaan termasuk petak pameran oleh rakan-rakan PJSC yang menunjukkan peranan mereka dalam menyokong pesakit-pesakit kanser, pengumpulan baju-T bagi bekas-bekas penghidap kanser yang menyertai acara berjalan, larian dan berbasikal itu, liputan langsung kemas kini bersama UICC dan pemberian lencana-lencana, kukis dan kek cawan bertema Hari Kanser Antarabangsa bagi para pengunjung.

Gambar ramai semasa Sambutan Hari Kanser Sedunia PJSC. – Gambar serahan PJSC