Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    PJSC sambut Hari Kerja Sosial Sedunia

    Oleh Izah Azahari

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 MAC – Pantai Jerudong Specialist Centre (PJSC) telah menganjurkan forum maya bersempena Hari Kerja Sosial Sedunia, yang membincangkan tema sambutan 2022 iaitu ‘Membangunkan Bersama Dunia Eko-Sosial Baharu: Kepentingan Sokongan Masyarakat dalam Menangani Masalah Sosial’.

    Pengarah Perubatan PJSC, Dr Meera Saheeb Kabeer dalam ucapan pembukaannya menjelaskan bahawa sambutan Hari Kerja Sosial Sedunia bermatlamat untuk mengintegrasikan semula rangkaian sosial dan komuniti untuk memberigakan tema 2022.

    Menurut beliau lagi, forum bertujuan untuk memberigakan tema berkenaan kepada masyarakat dan berkongsi kepentingan sokongan masyarakat dalam menangani masalah-masalah sosial dan memahami pelbagai organisasi dan individu yang terlibat aktif dalam menyokong kumpulan-kumpulan terdedah di Brunei.

    “Forum ini akan menjadi platform bagi inisiatif untuk melibatkan semua masyarakat berkongsi pandangan mereka yang akan membantu memahami penyebabnya di Brunei dan membantu mereka menjalani kehidupan bermaruah,” ujar Dr Kabeer, menambah bahawa forum itu juga akan mengetengahkan bagaimana faktor-faktor alam sekitar boleh mempengaruhi pembangunan dan tingkah laku individu, serta bagaimana kemudahan penjagaan kesihatan dan kerja ekososial patut berganding bahu dalam mencapai matlamat berkenaan.

    Acara diteruskan dengan perbincangan panel oleh kaunselor dan penceramah motivasi, Haji Ali Yusri bin Haji Abdul Ghafor; Pengurus La Vida Sdn Bhd, Dawn Lee; Pengurus Projek Mobile Dream Catcher, Georgiana; Adit Haji Abu Bakar dari Rakan Harmoni; Ketua Jabatan Kerja Sosial Perubatan PJSC, Dayang Siti Fairuz binti Abdul Latiff dan Pengarah Eksekutif Project Women Brunei, Dayang Nur Judy Abdullah yang berkongsi pelbagai pengalaman mereka dan isu-isu tersembunyi yang membawa kepada masalah-masalah sosial.

    Perbincangan dimudahcarakan oleh Ketua Guru Agama PJSC, Haji Ishkandar bin Haji Buntar.

    Objektif forum berkenaan adalah untuk meningkatkan kesedaran awam mengenai masalah-masalah sosial dan cabarannya serta impak stigma di sekeliling orang yang mempunyai masalah sosial, di samping bagaimana masyarakat patut bertindak atau membantu memberi sokongan lebih baik kepada mereka yang mempunyai masalah sosial.

    Ia juga bermatlamat bagi masyarakat memahami apa yang berlaku dan apa sokongan yang sebenarnya diperlukan oleh kumpulan terdedah daripada keluarga, rakan-rakan dan masyarakat.

    Dr Meera Saheeb Kabeer menyampaikan ucapan semasa forum berkenaan.
    Ahli-ahli panel forum yang dianjurkan PJSC bersempena Hari Kerja Sosial Sedunia.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...