Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    PKOB Sabah, Sarawak diarah bersedia hadapi banjir

    KUALA LUMPUR, 5 JAN – Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) peringkat negeri dan daerah di Sarawak dan Sabah diarahkan bersiap siaga termasuk mengaktifkan
    Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) bagi menghadapi kemungkinan berlaku banjir.

    Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memaklumkan arahan itu berikutan ramalan luruan monsun dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) yang berpotensi membawa hujan lebat berterusan.

    Menurut agensi itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga perlu memastikan
    ketersediaan stok bekalan pangkalan hadapan di Sabah dan Sarawak bagi menghadapi kemungkinan berlakunya banjir.

    “Sebagai sebahagian daripada kesiapsiagaan juga, PKOB Sarawak perlu menyelaras penyampaian makluman kepada penduduk di kawasan yang berisiko berlaku banjir agar mereka siap siaga jika berlakunya bencana,” demikian menurut NADMA menerusi kenyataan, hari ini.

    Terdahulu, ramalan cuaca signifikan bagi tempoh 6 hingga 12 Januari yang dikeluarkan MetMalaysia hari ini menyatakan kawasan penumpuan angin dijangka berlaku di Sarawak mulai Ahad (9 Januari).

    Jabatan itu menjelaskan keadaan tersebut boleh menyebabkan peningkatan kelembapan yang berpotensi membawa hujan berterusan seterusnya mengakibatkan banjir terutama di bahagian tengah dan barat Sarawak, selain pada masa sama ribut petir masih boleh berlaku di seluruh negara pada pagi dan petang hingga malam. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China kecewa AS guna veto halang Palestin anggotai PBB

    BEIJING, 19 APRIL - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) gagal meluluskan draf resolusi untuk menerima Palestin sebagai anggota rasmi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)...