PKPB bantu mangsa kebakaran

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 MEI – Purih Kampung Pandai Besi (PKPB) telah menghulurkan sumbangan sebanyak $1,804 kepada keluarga PKPB yang terlibat dalam insiden kebakaran di Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati (STKRJ) Kampung Tungku, Gadong, baru-baru ini.

Hadir menyempurnakan penyampaian derma yang berlangsung di rumah Penasihat Bersama PKPB, Kampung Bunut Perpindahan itu ialah Penasihat Bersama PKPB, Pengiran Haji Saidi bin Pengiran Mohd Daud dan  Awang Sari bin Haji Awang Besar.

Para keluarga yang terlibat dalam kebakaran tersebut menerima wang tunai  dan juga barangan keperluan dapur.

Menurut Setiausaha PKPB,  Haji Jaafar bin Haji Ibrahim, sumbangan dan bantuan ikhlas berkenaan adalah hasil kutipan derma daripada AJK PKPB dan keluarga masing-masing serta purih dan anak watan Kampung Pandai Besi. Beliau berkata, pengumpulan derma itu telah digerakkan oleh AJK PKPB bermula 17 hingga 30 April 2021.

Sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan, majlis petang itu  juga telah diselajurkan dengan majlis bertahlil dan  membaca doa arwah.

Salah seorang wakil keluarga mangsa kebakaran yang menerima sumbangan tersebut. – Gambar serahan PKPB