PKPB Daerah Kuching tamat hari ini

KUCHING, 26 NOV – Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di daerah Kuching akan ditamatkan berkuat kuasa 11.59 malam esok (27 Nov), kata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) hari ini.

JPBN dalam kenyataan berkata keputusan itu dibuat setelah daerah Kuching bertukar daripada status Merah kepada Jingga dengan kes jangkitan tempatan dilaporkan 30 kes sehingga hari ini.

Berikutan keputusan itu, daerah Kuching akan kembali di bawah Perintah Kawalan Per-gerakan Pemulihan (PKPP). – Bernama