KUALA LUMPUR, 26 OKT – Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang dijadual tamat esok, dilanjutkan selama 14 hari lagi sehingga 9 November ini.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perkara berkenaan diputuskan dalam Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini, selepas mene-liti perkembangan semasa penularan COVID-19 di Lembah Klang.
“Setakat ini, penilaian risiko dijalan-kan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati masih terdapat lokasi berisiko tinggi untuk berlakunya penularan COVID-19, maka mengambil kira penilaian risiko itu, PKPB akan dilanjutkan,” katanya pada sidang media perkembangan PKP Pemulihan (PKPP) di Wisma Pertahanan di sini, hari ini.
Beliau berkata prosedur operasi standard (SOP) PKPB untuk tempoh dua minggu itu akan turut menggunakan SOP yang sama.
Sebelum ini, kerajaan mengumumkan pelaksanaan PKPB di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor bermula 14 hingga 27 Okt. – Bernama