Monday, December 2, 2024
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    PKPB dilaksana di seluruh Sabah, sebahagian lagi di Semenanjung

    KUALA LUMPUR, 12 OKT – Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilaksanakan di seluruh Sabah berkuat kuasa jam 12.01 tengah malam ini sehingga 26 Oktober ini.

    Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan itu dibuat selepas mendapat nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) dan mengambil kira peningkatan kes serta penularan yang berlaku di negeri itu.

    “Dengan pelaksanaan PKPB ini, semua penduduk dikehendaki mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan. Antaranya, semua penduduk di kawasan terlibat tidak dibenarkan keluar dari rumah masing-masing.

    “Bagaimanapun bagi pekerja yang perlu merentas daerah, mereka perlu menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan,” katanya pada sidang media secara maya dari kediamannya menerusi Facebook Kementerian Pertahanan hari ini.

    Dalam tempoh itu, Ismail Sabri berkata hanya dua orang dari sebuah rumah dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan sementara itu, semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan kemahiran, tadika, taska, pusat tahfiz, taman-taman awam dan pusat rekreasi hendaklah ditutup.

    Malah masjid, surau serta rumah ibadat bukan Islam lain juga ditutup, selain semua aktiviti sukan, rekreasi, sosial dan budaya termasuk majlis perkahwinan tidak dibenarkan.

    Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan bahawa kerajaan juga bersetuju melaksanakan PKPB di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya berkuat kuasa 12:01 tengah malam 14 hingga 27 Oktober ini.

    Menurutnya, keputusan itu dicapai pada Sidang Khas Majlis Keselama-tan Negara (MKN) dipengerusikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas nasihat KKM dan mengambil kira peningkatan kes dan penularan COVID-19 seperti di Klang, Daerah Petaling serta Gombak. – Bernama

    Terminal Lapangan Terbang Labuan yang biasanya agak sibuk dengan jadual penerbangan kelihatan sepi menjelang sekatan perjalanan, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda