PKPD di kawasan Sarawak, Sabah

KUCHING/KUALA LUMPUR, 7 MAC – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dikuatkuasakan di Kampung Tringgus, Bau selama 14 hari bermula esok dengan pelanjutan PKPD di Tanah Merah, Kota Marudu, Sabah mulai 9 hingga 22 Mac.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memaklumkan keputusan itu dibuat susulan peningkatan kes positif di kampung Tringgus.

Sementara itu, keputusan PKPD di Kampung Tanah Merah diumumkan oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob setelah penilaian risiko dilakukan bersama pelbagai agensi dan mengikut nasihat KKM. – Bernama