Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    PKRC kes berisiko tinggi dibangun di Hospital Sibu

    SIBU, 9 FEB – Sebuah Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) dibangunkan di kawasan Hopsital Sibu bagi menangani kes berisiko tinggi di Bahagian Sibu susulan peningkatan mendadak kes COVID-19 di bahagian itu sejak beberapa hari lepas.

    Menurut Jawatankuasa Pe-ngurusan Bencana Bahagian Sibu (SDDMC) dalam kenyataan hari ini, PKRC berkapasiti 100 katil itu sedia untuk digunakan dalam masa terdekat.

    “Bahagian Sibu melaporkan 35 kes COVID-19 semalam. Trend peningkatan ini berlaku semenjak sambutan Perayaan Tahun Baharu Cina pada 1 Februari 2022,” katanya. 

    Bagaimanapun, kadar penggunaan katil (BOR) di hospital tersebut untuk kes COVID-19 masih di bawah 20 peratus de-ngan hanya dua kes yang perlu bantuan oksigen pada masa ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...