Oleh Normazlina M.D
TUTONG, 14 Jan – Seramai 30 orang ahli-ahli Pusat Kegiatan Warga Emas (PKWE) Tutong telah menyertai kegiatan riadah dan seterusnya mengadakan aktiviti amal iaitu membersihkan tanah perkuburan dan membaca Tahlil di Tanah Perkuburan Islam Suran Pekan Tutong, kelmarin.
Turut hadir semasa acara tersebut ialah Pengurus PKWE Tutong, Haji Metamit bin Haji Matzin.
Kegiatan riadah dan amal tersebut telah dipimpin oleh ketua keagamaan pusat berkenaan, Haji Hamaffi bin Mohd Yassin.
Aktiviti tersebut merupakan salah satu program pengisian PKWE Tutong dalam melakukan aktiviti riadah dan amal, di samping dapat bekerjasama dengan ahli-ahli PKWE yang terdiri daripada penduduk yang tinggal di sekitar Daerah Tutong.