PKWE Tutong berkunjung ke Kg Sibut

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 OKT – Seramai 35 orang ahli Pusat Kegiatan Warga Emas (PKWE) Tutong bersama ahli keluarga mereka telah berkunjung ke Kampung Sibut, Jalan Amo, Daerah Temburong untuk mengunjungi acara Namuai Sale Rumah Panjai Sibut.

Antara yang dijual pada acara itu termasuk sayur-sayuran, lukisan atas batu, buah tempatan, makanan dan minuman serta banyak lagi.

Rombongan yang diketuai oleh Penolong Pengurus PKWE Tutong, Dayang Roziwita

binti Haji Mohd Taib itu juga dibawa bersiar-siar ke Taman Batang Duri dan Taman Bukit Patoi untuk menyaksikan keindahan taman berkenaan yang dapat menenangkan fikiran.

Ahli rombongan bergambar bersama remaja yang membuat persembahan pada acara itu.