Plak ditanggalkan, pembantah ikrar terus berjuang

BANGKOK, 21 SEPT – Sebuah ‘Plak Rakyat’ dipasang oleh para pembantah berhampiran Istana Diraja Bangkok juga ‘bersemadi dalam hati rakyat Thailand,’ kata aktivis hari ini, berikrar penanggalannya hanya menandakan permulaan perjuangan mereka mereformasi monarki.

Sekitar 30,000 pembantah berhimpun pada hujung minggu, yang terbesar semenjak rapat hampir setiap hari diketuai pelajar bermula dua bulan lalu.

Mereka menuntut peletakan jawatan Perdana Menteri Prayut Chan-o-Cha, ketua tentera yang memimpin kudeta 2014.

Ramai juga menyeru monarki bebas daripada politik dan memasang ‘Plak Rakyat’ di Taman Sanam Luang berhampiran Istana Diraja Bangkok pagi kelmarin. Plak bagaimanapun ditanggalkan hari ini, namun pembantah tidak berganjak.

Plak juga ‘kekal di hati rakyat Thai,’ kata aktivis terkemuka, Parit Chiwarak memberitahu wartawan, berikrar pembantah akan membuat replika dan memasangnya di seluruh bandar itu. “Perjuangan kami dalam masa dua hari ini melakar sejarah. Plak adalah permulaan bagi perjuangan untuk mereformasi monarki,” tambahnya. – AFP