KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan mengurniakan titah pada Majlis Sambutan Hari Belia Kebangsaan ke-13, kelmarin. Berangkat sama ialah DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik, DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan DYTM Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah.
BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Ogos – Kerajaan terus melaksanakan pelbagai pembaharuan, penyusunan semula dan memperbaiki ekosistem keusahawanan dengan harapan ia akan memberikan kemudahan serta akses kepada belia tempatan untuk meneroka peluang perniagaan dan mendapatkan akses pasaran. (Klik di sini untuk cerita lanjut)