Friday, May 23, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Platform belia tempatan ke persada fesyen antarabangsa

    Oleh Lenna N.B.

    “SEAKAN tidak percaya apabila nama saya dilaungkan dan terpilih sebagai finalis mewakili negara yang akan bertanding di peringkat akhir ‘Air Asia Runway Ready Designer Search 2017’ di Kuala Lumpur bulan Ogos nanti, bersempena dengan Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2017. Kejayaan ini umpama satu loncatan buat kami berdua walaupun agak baru menceburi industri fesyen tanah air,” ucap Nazy, 26, yang juga merupakan seorang mahasiswi Universiti Brunei Darussalam.

    Rakan kerjasamanya, Kimmy, 26 yang juga merupakan seorang usahawan teknologi, adalah tenaga sebalik tabir yang turut sama menjayakan rekaan fesyen yang telah diketengahkan semasa pertandingan tersebut. Berkonsepkan fesyen jalanan, kedua-dua anak muda ini membawa idea dan kreativiti mereka, ke arah inovasi budaya fesyen yang segar dan santai.

    Persahabatan di sebalik sebuah jenama

    Nazy dan Kimmy sudah bersahabat kira-kira 13 tahun yang lalu, berkongsi minat yang sama di bidang keusahawanan dan mempunyai cita-cita yang sama dalam menceburi bidang fesyen. Walaupun ke dua-dua mereka mempunyai aktiviti perniagaan sendiri yang masih beroperasi hingga ke hari ini, tetapi ia tidaklah menghalang mereka dalam merealisasikan cita-cita mereka bentuk jenama fesyen sendiri.

    KAVA, telah mula diasaskan sekitar awal Februari tahun ini, yang asalnya merupakan sebuah projek daripada program tahun tiga Ijazah Sarjana Muda Universiti Brunei Darussalam yang dikenali sebagai ‘Incubation Programme’, iaitu sebuah program melatih kemahiran keusahawanan mahasiswa/mahasiswi Universiti Brunei Darussalam.

    “Sebenarnya, idea fesyen jalanan ini sudah pun ada sebelum program Inkubator tersebut. Namun, kerana masalah komitmen, kami berdua belum lagi merealisasikannya sehinggalah saya ikut serta dalam program tersebut, di mana menjadi platform untuk saya memusatkan sepenuh perhatian menjayakan dan merealisasikan idea fesyen jalanan yang tertangguh selama ini. Setentunya, dengan bantuan Kimmy yang juga banyak mereka bentuk dari segi lakaran fesyen,” jelas Nazy.

    “Kami berdua suka pakaian yang bersifat minimalis. Tidak terlalu banyak warna tetapi tetap tampil sederhana. Tambahan lagi, kami berdua bertudung. Jadi, pakaian-pakaian yang direka adalah menggabungkan idea fesyen jalanan, santai, sesuai untuk wanita bertudung, tampil sopan, tetapi tetap bergaya. Sebab itulah, banyaknya fesyen pakaian keluaran KAVA yang pertama ini, agak panjang dan besar iaitu tidak ketat, pada masa yang sama, ia juga sesuai untuk wanita-wanita yang tidak bertudung tetapi sukakan fesyen jalanan. Malah, ia boleh dipakai sesiapa sahaja, termasuklah lelaki dan sesuai untuk acara kasual atau acara makan malam bergantung bagaimana si pemakai mengayakan,” tambah Kimmy.

    Menurutnya, KAVA bukan sekadar pakaian rekaan untuk wanita, tetapi sengaja di reka bentuk khas untuk kedua-dua lelaki dan wanita. Di situlah, mereka dapat menemukan keunikan fesyen jalanan yang boleh digayakan oleh sesiapa sahaja.

    Nazy ketika sedang ditemu ramah baru-baru ini.
    Nazy ketika sedang ditemu ramah baru-baru ini.
    Nazy di Air Asia Runway Ready Designer Search 2017 terpilih bertanding ke peringkat akhir Kuala Lumpur.
    Nazy di Air Asia Runway Ready Designer Search 2017 terpilih bertanding ke peringkat akhir Kuala Lumpur.
    Antara koleksi fesyen yang bertemakan fesyen jalanan namun masih kelihatan santai.
    Antara koleksi fesyen yang bertemakan fesyen jalanan namun masih kelihatan santai.
    Kimmy, rakan kerjasama di sebalik pengasasan KAVA.
    Kimmy, rakan kerjasama di sebalik pengasasan KAVA.
    Proses perancangan idea.
    Proses perancangan idea.

    Lakaran koleksi pertama KAVA.
    Lakaran koleksi pertama KAVA.
    Antara keluaran pertama koleksi KAVA yang bakal dilancarkan di ‘Made In Brunei Market Fair’ nanti.
    Antara keluaran pertama koleksi KAVA yang bakal dilancarkan di ‘Made In Brunei Market Fair’ nanti.

    Harapan dan cita-cita

    KAVA, diilhamkan daripada fesyen jalanan minimalis Jepun, suatu perkataan yang diterjemahkan dari Inggeris kepada bahasa Jepun sehinggalah ia diinovasi kepada jenama ‘KAVA’, nama yang cukup mudah diingat, inovatif dan bersifat antarabangsa. Walaupun pada ketika ini, Nazy dan Kimmy hanya berfokus kepada reka bentuk fesyen jalanan, tetapi mereka juga berancang untuk meneroka dunia fesyen lebih jauh lagi, yang membawa mereka berkembang ke peringkat fesyen antarabangsa.

    “Kami memang mempunyai cita-cita besar di bidang ini. Bukan kerana ingin jadi popular, tetapi membuktikan bahawa banyak antara kita yang berbakat boleh terbang jauh dalam pelbagai bidang pun. Semasa menyertai pertandingan fesyen Air Asia tersebut pun, kami tidak terfikir untuk menang atau tercalon sebagai finalis. Niat kami pada masa itu, hanya ingin memperkenalkan KAVA, bahawa kami baru wujud di industri fesyen tanah air, tetapi tidak sangka, kami terpilih. Juri-juri suka dengan fesyen reka bentuk kami. Sesuatu yang amat tidak disangka,” terang Kimmy.

    Salah seorang juri yang cukup terkenal pada masa itu, adalah Vivy Yusof, pengasas sebalik Fashion Valet dan dUCk. Menurut Nazy, Vivy semasa menyaksikan lakaran dan pakaian yang direka mereka, cukup tertarik dengan idea segar yang telah diketengahkan, malah ingin menyalurkannya ke Fashion Valet.

    “Suatu yang tidak saya dapat lupakan, apabila Vivy menyatakan bahawa pasti ramai yang tidak sangka, rekaan kami itu adalah dari orang Brunei, anak Brunei. Kami rasa sangat teruja, pada masa yang sama takut, tidak mampu melakukannya daripada segi pengeluaran stok dan sebagainya. Walau bagaimanapun, kami berserah kepada Allah, dan berusaha melakukan yang terbaik sebaik mungkin. Sungguh tidak sangka, bahawa kami benar-benar berpotensi walaupun masih baru di bidang ini,” ucap Nazy teruja.

    Keluaran pertama koleksi KAVA, bertemakan hitam, dan jaket, dengan menggabungkan fabrik kulit, kapas, denim, dan sebagainya. Kini, koleksi pakaian KAVA juga sudah mempunyai pembeli-pembeli, walaupun koleksi tersebut belum dilancarkan. KAVA dijangkakan akan melancarkannya secara rasmi koleksi pertama mereka di ‘Made in Brunei Market Fair’ yang akan berlangsung tidak lama lagi.

    “Sebelum ini, kami telah menaja pakaian-pakaian koleksi kami untuk persembahan teater, pameran dan sebagainya, sekadar untuk memperkenalkan jenama KAVA ini kepada umum. InsyaAllah di Market Fair nanti, orang ramai berpeluang menyaksikan dan membeli antara koleksi yang ada.”

    Sasaran Peringkat Antarabangsa

    Cabaran utama bagi setiap usahawan adalah memberanikan diri keluar daripada zon selesa, begitu juga yang dihadapi Nazy dan Kimmy. Disebabkan masih agak baru di bidang industri fesyen, mereka kadang-kala rasa gementar untuk melakukan sasaran yang agak tinggi. Namun, setelah mendapat keputusan kelayakan untuk ke pertandingan peringkat akhir yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur nanti, mereka yakin mereka berpotensi.

    Sasaran pasaran mereka bukan hanya di Brunei tetapi ke peringkat antarabangsa, bermula daripada negara-negara ASIA seperti Indonesia, Singapura dan Malaysia, diikuti dengan negara-negara yang lainnya. Setakat ini, KAVA belum mempunyai cawangan kedai mereka sendiri tetapi dengan adanya sambutan yang memberangsangkan, tidak mustahil dalam beberapa tahun ini mereka akan melancarkan cawangan KAVA. Pada masa yang sama, terus mengeksportnya keluar negara.

    “Itu antara perancangan kami. Pada masa ini, kami masih mengumpul model, mengkaji pasaran, kreatif dan inovatif setiap koleksi-koleksi yang bakal dihasilkan. Panjang lagi perjalanan kami di dunia fesyen ini,” jelas Kimmy

    Membantu usahawan

    Sebalik minat di bidang fesyen, Nazy dan Kimmy sebenarnya mempunyai beberapa sasaran lain yang ingin mereka capai, antaranya adalah untuk membantu lebih ramai usahawan berkembang, menjadi pelabur untuk mereka yang baru berniaga, di samping mengangkat nama negara ke peringkat antarabangsa.

    “Masih ada antara kita berfikiran sempit melihat perniagaan itu hanya pendapatan sampingan atau sebagainya, tetapi bagi kami, perniagaan boleh menjadi karier sepenuh masa, untuk menampung kehidupan seharian, membantu ibu bapa, menolong masyarakat serta menaikkan ekonomi. Kita ada peranan masing-masing untuk keluarga, masyarakat dan negara. Untuk mencapai semua itu, kita perlu berusaha dan tidak boleh duduk diam,” ucap Kimmy.

    “Penubuhan kami, bukan sekadar soal fesyen tetapi apa sumbangan kami kepada masyarakat. Walaupun mempunyai cabaran dari segi pandangan negatif terhadap kami, ia tidak menghalang kerja keras kami dalam bidang ini. Kami akan tetap berpegang teguh terhadap niat asal kami kerana Kejayaan bukan terletak kepada mereka yang hanya suka berkata-kata, tetapi terletak kepada diri sendiri. Oleh itu, selaku seorang usahawan, kita jangan takut mencapai ke arah cita-cita kita. InsyaAllah semuanya akan dipermudahkan dan pintu peluang sentiasa terbuka luas,” tambah Nazy di hujung temu ramah.

    Dua anak muda berkongsi cita-cita yang sama. Aura semangat mereka begitu membara sebalik industri fesyen tanah air yang masih dalam proses menanam benih-benihnya.

    Semoga dua usahawan ini terus berjaya dalam melalui perjalanan penuh cabaran dan berliku ini. Tidak mustahil mereka bakal menandingi jenama-jenama fesyen yang dikenali dunia.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/ bandarqq dominoqq pkv games https://britefamilydental.com.au/wp-includes/bandarqq/ https://britefamilydental.com.au/wp-includes/dominoqq/ https://britefamilydental.com.au/wp-includes/pkv-games/ bandarqq dominoqq pkv games https://cste.sut.ac.th/QRcode/masterFile/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/scatter-hitam/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/slot-zeus/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/slot-garansi-kekalahan/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/slot-depo-5k/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/slot-depo-10k/