Platform kembangkan profesionalisme HR
Oleh Daniel Lim BANDAR SERI BEGAWAN, 21 DIS – Untuk membantu memberi inspirasi dan mendorong penciptaan platform perangkaian dan perkongsian amalan terbaik dalam kalangan profesional hal ehwal sumber manusia (HR) dari seluruh negara, Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd (BSP) telah menaja Perjumpaan Perangkaian Profesional HR pertama yang diadakan di Hotel Antarabangsa Rizqun, baru-baru ini.






























