Wednesday, February 19, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Platform pamer hasil karya

    Oleh Salawati Haji Yahya

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Mei – Pameran Lukisan Emerge Exclusive ‘Being Bruneian’ anjuran Creative Space Art Gallery & Studio (CSBN) dibuka rasmi hari ini di Kedutaan Republik Turki.

    Perasmian pameran berkenaan telah disempurnakan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yusof.

    Sejurus perasmian pameran tersebut, Duta Besar Republik Turki ke Brunei, Mehmet Suat Akgun menjemput Yang Berhormat Pehin serta tetamu yang lain menyaksikan hasil karya tempatan di galeri bangunan kedutaan tersebut.

    Pameran tersebut akan dibuka untuk kunjungan orang ramai bermula esok hingga 25 Mei.

    Pengurus CSBN, Osveanne Osman ketika ditemu bual di majlis itu menjelaskan, Projek Emerge dilaksanakan sebagai landasan kepada belia dan pelukis untuk mempamerkan karya mereka di samping menimba pengalaman seterusnya berhubung dengan orang ramai.

    Yang Berhormat Pehin Haji Awang Halbi menyaksikan salah satu karya lukisan anak tempatan.
    Yang Berhormat Pehin Haji Awang Halbi menyaksikan salah satu karya lukisan anak tempatan.
    Osveanne Osman mengatakan Projek Emerge menjadi landasan kepada belia dan pelukis untuk mempamerkan karya mereka.
    Osveanne Osman mengatakan Projek Emerge menjadi landasan kepada belia dan pelukis untuk mempamerkan karya mereka.

    Beliau seterusnya menjelaskan, pameran berkenaan bertemakan ‘Being Bruneian’ yang mana pemilihan tema ini adalah untuk memberi pengetahuan dan mempamerkan gaya hidup orang-orang Brunei.

    Melihat kepada usaha ini, Kedutaan Republik Turki memberi respons yang baik dan sokongan terhadap pelukis tempatan untuk bekerjasama menjayakan seterusnya untuk mencapai platform yang luas bukan saja dalam negara tapi di peringkat antarabangsa.

    Sejak CSBN ditubuhkan pada 2011, pameran kali ini adalah yang kelima diadakan dengan menjemput pelukis-pelukis tempatan untuk sama-sama mempamerkan lukisan mereka.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda