Friday, December 9, 2022
22.3 C
Brunei

-

Platform pamer perniagaan, idea inovatif

Oleh Syahmi Hassan
Gambar serahan UBD

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 NOV – Entrepreneurship Village (EV), Universiti Brunei Darussalam (UBD) dengan kerjasama Pejabat Perhubungan dan Kemajuan Alumni (OARA) telah menganjurkan Incubation Festival (IncuFest) x UBD Entrepreneurs Week di Pusat Pelajar UBD hingga 17 November ini.

IncuFest x UBD Entrepreneurs Week bermula kelmarin itu bertindak sebagai platform untuk pelajar startup mempamerkan perniagaan dan idea konsep inovatif mereka kepada orang ramai.

Perasmiannya telah disempurnakan oleh Penolong Naib Canselor (Inovasi dan Perusahaan) UBD, Profesor Dr Mohd Ayub Sadiq yang turut meninjau pameran menampilkan 29 projek inovasi individu, lima projek kumpulan, dan lapan usahawan alumni UBD.

Daripada program Inkubasi Discovery Year (DY) pengambilan Ogos tahun ini, seramai 32 pelajar daripada pelbagai disiplin mempamerkan idea perniagaan mereka dalam kategori hiburan, runcit, makanan dan minuman serta perkhidmatan.

Pelajar startup menjalani latihan dalam membina minda keusahawanan dan pelbagai kemahiran melalui beberapa siri bengkel dan aktiviti untuk membantu membangunkan projek keusahawanan mereka pada semester tersebut.

IncuFest x UBD Entrepreneurs Week yang bermula kelmarin.

Turut serta ialah lapan usahawan alumni UBD yang bertindak sebagai contoh kepada pelajar semasa iaitu dengan menggambarkan keusahawanan sebagai laluan yang boleh diceburi selepas tamat pengajian, serta dengan berkongsi pengetahuan, pengalaman dan kepandaian mereka dalam mengekalkan perniagaan mereka.

Alumni UBD, terutamanya perniagaan yang sejajar secara strategik dengan kekuatan dan bidang tumpuan teknikal UBD, juga boleh menyertai Pusat Permulaan UBD (USC) untuk membangunkan perniagaan mereka.

Profesor Dr Mohd Ayub Sadiq dalam ucapannya menyatakan UBD menumpukan usaha sama dengan industri dalam pelbagai bidang manfaat bersama, termasuk penyelidikan dan pembangunan bersama serta tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Ia dilakukan dengan memanfaatkan kekuatannya yang terbukti dalam pengajaran dan penyelidikan seperti yang terbukti daripada peningkatan terkini dalam Kedudukan Universiti Dunia Times Higher Education (THE).

EV dan USC ialah dua saluran yang telah dibuka oleh UBD kepada organisasi luar untuk bekerjasama dengan universiti; dengan membenarkan industri bekerjasama rapat dengan startup UBD dan ahli alumni USC.

Semasa acara itu, syarikat startup pelajar juga berpeluang mengetengahkan idea perniagaan mereka kepada hakim industri dari Bank Baiduri, Shell LiveWIRE Brunei dan Darussalam Enterprise (DARe).

Pertandingan LivePitch itu bertujuan untuk memastikan kebolehlaksanaan perniagaan, inovasi dan kemampanan idea dan konsep, serta memberi maklum balas kepada syarikat startup sebelum memajukan idea mereka untuk penyelidikan dan pembangunan lanjut serta pengkomersilan.

Acara tersebut diadakan dua kali setahun untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang dinamik dan menyokong untuk startup dan usahawan di universiti, sejajar dengan misi UBD untuk menjadi ‘Universiti Inovasi dan Perusahaan’.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Australia, mangsa terselamat berang pembebasan Patek

SYDNEY, 8 DIS – Mangsa-mangsa letupan bom Bali 2002 berang hari ini selepas seorang daripada pembuat bom dibebaskan dari penjara Indonesia, hanya selepas menjalani...
- Advertisment -