Wednesday, April 24, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    Platform penggerudian Laut Hitam masih terbakar

    MOSCOW, 21 JUN – Kebakaran yang berlaku selepas tentera Ukraine dikatakan melepaskan tembakan ke arah pelantar minyak di luar pantai Crimea telah menghampiri telaga minyak, kata seorang ahli parlimen kanan kelmarin.

    Gabenor Crimea yang ditempatkan di Moscow kelmarin menyalahkan Kyiv atas serangan tersebut dan memberitahu bahawa tiga orang telah tercedera dan tujuh orang lagi hilang selepas sebuah pelantar Laut Hitam dilanggar.

    “Bagi kebakaran, ia tidak beransur padam di platform itu. Pada waktu malam, api telah menghampiri telaga minyak,” seorang senator Rusia untuk Crimea, Olga Kovitidi, memberitahu agensi berita Interfax. Kovitidi berkata bahawa “pencarian masih diteruskan” bagi tujuh orang yang hilang, manakala tiga yang cedera berada di hospital tetapi keadaan mereka dikatakan tidak kritikal.

    “Menurut maklumat awal, tidak semua orang dapat diselamatkan tetapi masih ada harapan,” kata pegawai Crimea Oleg Kryuchkov dalam Telegram.

    Ini merupakan serangan pertama yang dilaporkan terhadap infrastruktur tenaga luar pesisir di Crimea sejak Rusia melancarkan operasi ketenteraan di Ukraine pada 24 Februari lalu.

    Sergey Aksyonov, yang dilantik oleh Rusia sebagai gabenor semenanjung selepas pengilhakan 2014, berkata kelmarin bahawa tiga platform telah disasarkan dan mencetuskan pemindahan seramai 94 orang di tapak itu.

    Pelantar tersebut juga merupakan milik syarikat minyak dan gas Chernomorneftegaz yang berpangkalan di Crimea, yang dibenarkan oleh Amerika Syarikat untuk beroperasi sejak 2014. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...