Platini dibebaskan

NANTERRE, 19 JUN – Bekas Presiden Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) yang sedang menjalani penggantungan, Michel Platini hari ini dibebaskan selepas ditahan untuk siasatan beberapa jam berhubung kes hak penganjuran Piala Dunia 2022 kepada Qatar.

Legenda bola sepak Perancis itu yang mengetuai UEFA dari 2007 hingga 2015 ditahan semalam oleh bahagian pencegahan rasuah polis Perancis selepas dikaitkan dengan tuduhan menerima habuan pada 2010 sehingga membolehkan Qatar menang dalam bidaan mereka.

Platini, 63, bagaimanapun menafikan dakwaan itu menerusi kenyataan yang dikeluarkan wakilnya dengan berkata, fakta mengenai kes tersebut berada di luar pengetahuannya. – AFP

Platini ketika meninggalkan pejabat pencegahan rasuah di Nanterre, Paris, kelmarin. – AFP