LAUSANNE, 3 Jun – Michel Platini berharap Jawatankuasa Etika FIFA, yang mengharamkannya daripada sukan itu, akan lesap, katanya kepada dua akhbar Swiss dalam satu temu bual.
Platini, yang diharamkan daripada semua aktiviti bola sepak atas dakwaan pembayaran dua juta Swiss franc dari FIFA, membawa kesnya ke mahkamah Switzerland dan buat sementara waktu ‘bersih’ minggu lepas. Dia kini berkempen untuk FIFA, agar pengharamannya selama empat tahun dari sukan itu ditarik balik.
Bekas presiden UEFA itu berkata dalam temu bualnya bahawa matlamatnya adalah ‘mengubah keadilan yang berat sebelah itu agar ia tidak lagi menafikan tentangan di masa hadapan. Saya tidak mahu lebih banyak ketidakadilan.
“Penyamaran keadilan itu perlu dihentikan,” kata Platini. “Dalam perjuangan ini, saya tidak akan berhenti.”
Namun Platini tidak ada memberikan cadangan sistem alternatif bagi menangani rasuah dalam FIFA.
Sementara peguam Platini berkata mahkamah telah membebaskan bekas kapten Perancis itu daripada dakwaan, namun pendakwa raya Switzerland telah menegaskan bahawa siasatan ‘belum berakhir sepenuhnya’. Platini mungkin masih perlu untuk hadir di mahkamah jika bukti baru ditemui.
Dalam temu bual itu, Platini berkata, “Saya mahu Jawatankuasa Etika ini, yang mana tujuannya sebagai senjata FIFA untuk menafikan tentangan, lesap.”
Dia menambah bahawa dia berharap rayuan ke Mahkamah Eropah bagi Hak Asasi Kemanusiaan ‘akan menghentikan sistem itu di mana mereka hanya mahu melindungi bonus, perniagaan dan diri mereka sendiri’.
Platini, yang menegaskan bahawa pembayaran itu adalah atas kerja yang dilakukannya, dalam rayuannya, “dua daripada empat juri sedang tidur dan pada akhirnya tidak memahami apa yang telah saya lakukan agar FIFA membayar saya.
“Dan adakah itu tingkah laku beretika?” tanyanya. – AFP