Pliskova, Kenin tersingkir Terbuka Western & Southern

NEW YORK, 24 OGOS – Pemain pilihan utama, Karolina Pliskova dan pemain nombor dua, Sofia Kenin telah disingkirkan dari Terbuka Western & Southern kelmarin, tewas dalam perlawanan pembukaan di Pusat Tenis Kebangsaan di New York.

Pemain Rusia, Veronika Kudermetova, yang menduduki rangking ke-41 dunia, menewaskan pemain nombor tiga, Pliskova dari Republik Czech dengan jaringan 7-5,6-4 dalam perlawanan pusingan kedua mereka.

Alize Cornet dari Perancis mencatatkan kemenangan pertamanya ke atas pemain lima teratas dalam tempoh dua tahun apabila dia mengejutkan juara Terbuka Australia, Kenin 6-1,7-6 (9/7) untuk mara ke pusingan 16 terakhir.

Keputusan tersebut telah mengejutkan kejohanan dengan pemain pilihan ke-4 lelaki, Stefamos Tsitsipas mara ke pusingan 16 terakhir dengan kemenangan 6-1, 6-3 ke atas finalis dua kali Grand Slam, Kevin Anderson.

Pemain kelahiran Greece, Tsitsipas memerlukan 69 minit untuk menewaskan Anderson, memberikan tekanan ke atas pemain Afrika Selatan ketika pukulannya gagal sebanyak empat kali.

Dia tidak dapat memecahkan poin sehingga perlawanan kelima dari set kedua, ketika Tsitsipas ketinggalan 0-40 tetapi memenangi lima mata secara terus untuk meleraikan kebuntuan.

“Ia merupakan perlawanan penting, boleh kembali ke perlawanan untuk mengekalkan tumpuan bahawa saya mesti kembali untuk perlawanan dan tidak perlu berehat , itu merupakan usaha yang sangat baik dari saya, kata Tsitsipas.

Dia mendahului set kedua selepas kesilapan berganda Anderson semasa mata pemecah dalam perlawanan ke lapan dan menamatkan perlawanan dengan mata perlawanan kedua ketika Anderson membuat kemunculan kembali dengan servis kedua.

Tsitsipas merupakan seorang dari pasukan pilihan lapan teratas untuk beraksi dalam pusingan pertamanya. – AFP