Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    PM Anwar terima kunjungan hormat TPM Thailand

    PUTRAJAYA, 8 DIS – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat Timbalan Perdana Menteri Thailand Jen Prawit Wongsuwan, di kediaman rasminya di Seri Perdana, di sini.

    Lawatan khas Prawit ke Malaysia itu, diiringi Timbalan Menteri Pertahanan Thailand Jen Chaichan Changmongkol.

    Ketibaan Prawit dan delegasinya di Seri Perdana kira-kira pukul 12 tengah hari itu, disambut Anwar bersama Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

    Sejurus tiba, Anwar dan Prawit mengadakan perbincangan selama hampir dua jam dan kemudiannya meraikan Prawit serta delegasinya dalam majlis makan tengah hari.

    Prawit dan delegasinya tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang pada 11 pagi tadi bagi sesi lawatan khas sehari ke Malaysia.

    Kunjungan yang antara lain bertujuan memperkukuh hubungan dua hala kedua-dua negara serta bertukar pandangan dan perkongsian maklumat bagi kebaikan serantau itu, merupakan kunjungan kedua Prawit ke Malaysia sejak pintu sempadan negara dibuka semula pada April lalu, akibat pandemik COVID-19. – Bernama

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) menerima kunjungan hormat Timbalan Perdana Menteri Thailand, Jeneral Prawit Wongsuwan di kediaman rasminya di Seri Perdana, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...