Tuesday, April 23, 2024
28.9 C
Brunei

    -

    PM Australia ikrar kukuhkan hubungan dengan Indonesia

    JAKARTA, 6 JUN – Perdana menteri baharu Australia dan presiden Indonesia bersama-sama mengayuh basikal buluh hari ini semasa mereka mengadakan pertemuan untuk merangsang hubungan, ketika Canberra memulakan usaha diplomatik untuk melawan pengaruh meningkat China di rantau ini.

    Anthony Albanese memuji hubu-ngan dengan Indonesia dan berikrar untuk mengukuhkannya dalam lawatan dua hala pertamanya sejak dilantik bulan lalu, memilih ekonomi terbesar Asia Tenggara itu sebagai perhentian awal dalam apa yang telah menjadi tradisi bagi perdana menteri baharu Australia.

    Selepas kawalan kehormatan, Presiden Joko Widodo memberikan sebuah basikal kepada Albanese di istana presiden di Bogor, sebuah bandar di selatan Jakarta, di mana mereka menanggalkan jaket, memakai helmet dan menunggang basikal di kawasan sekitar.

    “Hubungan Australia dengan Indonesia adalah salah satu yang paling penting bagi kami. Kita berhubung bukan sahaja dari segi geografi, kita berhubung dengan pilihan,” Albanese berkata dalam satu sidang media bersama selepas beberapa pertemuan.

    “Hubungan kita dikukuhkan lagi dengan kepentingan strategik dan ekonomi yang dikongsi,” tambahnya, berkata Indonesia dalam laluan untuk menjadi salah satu daripada lima ekonomi terbesar di dunia.

    Widodo berkata, hubungan baik antara kedua-dua negara akan kepada “keamanan dan kemakmuran rantau ini”.

    Albanese megesahkan bahawa beliau akan menghadiri sidang kemuncak G20, yang bakal dihoskan oleh Indonesia pada November, di sebalik keraguan-keraguan daripada mantannya, Scott Morrison mengenai duduk semeja dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin selepas serangannya ke atas Ukraine. – AFP

    Gambar yang dikeluarkan oleh Istana Presiden Indonesia menunjukkan Presiden Joko Widodo (kiri) berbual dengan Perdana Menteri Anthony Albanese ketika menunggang basikal semasa pertemuan mereka di Istana Bogor, Bogor, Indonesia, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...