Wednesday, October 4, 2023
32.7 C
Brunei

    -

    PM Australia ikrar tingkatkan sistem penjagaan

    CANBERRA, 28 MEI – Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese telah melancarkan draf bagi meningkatkan kualiti penjagaan warga emas, hilang upaya, veteran dan perkhidmatan awal kanak-kanak di negara itu, lapor Xinhua.

    Albanese hari ini mendedahkan draf Strategi Nasional untuk Ekonomi Penjagaan dan Sokongan bagi meningkatkan perkhidmatan penjagaan buat semua rakyat Australia.

    Reaksi daripada orang ramai tentang bagaimana sistem itu boleh diperbaiki turut dialu-alukan, katanya.

    “Tenaga kerja bagi penjagaan dan sokongan adalah penting kepada ekonomi Australia, terutamanya apabila permintaan bagi penjagaan warga emas dan perkhidmatan pendidikan awal semakin meningkat.

    “Oleh itu, kita perlu mendengar daripada mereka yang terjejas secara langsung,” katanya dalam satu kenyataan media. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Penerbangan dibatalkan dan sekolah ditutup di Taiwan

    TAIPEI, 4 OKT - Penerbangan dibatalkan dan sekolah ditutup di beberapa bahagian di Taiwan pada hari ini ketika pulau itu bersiap sedia menghadapi angin...