PM Australia mula pasang strategi

CANBERRA, 11 Feb – Perdana Menteri Scott Morrison hari ini mengorak langkah dalam usaha pelantikan semula, berjanji mengekalkan keselamatan rakyat Australia di dunia yang berbahaya dan ‘kejam’.

Dengan memberi gambaran suram sebuah negara yang diancam pengganasan, penyeludupan manusia, dadah, bencana alam dan jenayah, Morrison mengatakan parti pembangkang, Parti Buruh di bawah ketuanya Bill Shorten ‘tidak peka’ dengan keselamatan.

Rakyat Australia dijangka mengundi pertengahan Mei untuk menentukan sama ada parti Morrison, Parti Liberal konservatif melanjutkan penggal ketiga dalam kerajaan.

Tinjauan menunjukkan secara peribadi Morrison memang terkenal tetapi parti beliau menuju kekalahan besar dalam tempoh beberapa dekad, sesuatu yang beliau harapkan akan berubah dengan menekankan ekonomi mantap dan pendirian tanpa kompromi berhubung keselamatan dan imigresen.

“Pilihan raya adalah tentang Australia untuk didiami dekad seterusnya. “Adakah anda mahu hidup di Australia yang lebih mantap di bawah tadbir saya?” Atau di bawah Bill Shorten dan Buruh yang lemah?”– AFP