PM Australia umum rombakan kabinet

CANBERRA, AUSTRALIA, 6 FEB – Perdana menteri Australia hari ini mengumumkan perubahan terhadap kabinetnya selepas dua menteri meletak jawatan minggu ini susulan pergolakan politik.

Barisan baharu para menteri dipersetujui oleh Perdana Menteri Scott Morrisson dan Timbalan Perdana Menteri, Michael McCormack, ketua parti pakatan kecil, National. McCormack terselamat satu cubaan pada Selasa lalu oleh pembantah dalam partinya sendiri yang mahu menggulingkannya.

Rombakan kabinet terpaksa dibuat apabila Menteri Pertanian, Bridget McKenzie meletak jawatan dari Kabinet pada Ahad kerana melanggar peraturan kementerian apabila dia gagal mengisytiharkan bahawa dia adalah ahli sebuah kelab senjata yang mana dia memberikan geran kerajaan berjumlah Aud$36,000.

Menteri veteran, Darren Chester yang disingkirkan dari Kabinet dalam 2017 bagi memberi ruang kepada McKenzie dalam 2017, hari ini dinaikkan ke kabinet selepas menyokong McCormack dalam cabaran kepimpinannya.

Turut dinaikkan ke dalam kabinet ialah penggubal undang-undang rendah National, Keith Pitt. –AP