PM baharu Jepun berkunjung ke Vietnam, Indonesia

TOKYO, 18 OKT – Perdana Menteri baharu Jepun, Yoshihide Suga berlepas hari ini bagi kunjungan luar negara pertamanya ke Vietnam dan Indonesia, sejak mengambil alih kuasa dari bekas bosnya Shinzo Abe bulan lalu.

Pilihan ke Asia Tenggara itu menekankan usaha Jepun untuk mengatasi pengaruh China dan membina perhubungan ekonomi dan pertahanan lebih kukuh di rantau itu, sejajar dengan visi Abe, ‘Indo-Pasifik yang bebas dan terbuka’ yang ditekankannya bersama Washington.

“Negara-negara ASEAN merupakan rakan-rakan kami yang sangat penting untuk mencapai Indo-Pasifik yang bebas dan terbuka yang Jepun telah promosikan,” kata Suga kepada para wartawan sebelum menaiki penerbangannya ke Hanoi, Vietnam. – AP