Tuesday, April 16, 2024
25.4 C
Brunei

    -

    PM Britain akan bertemu pemimpin Arab Saudi, UAE

    ABU DHABI, 16 MAC – Perdana Menteri Britain, Boris Johnson akan melobi Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk menghasilkan lebih banyak minyak bagi menenangkan pasaran yang tidak menentu ketika beliau bertemu pemimpin negara-negara Teluk hari ini.

    Johnson tiba di Abu Dhabi untuk berbincang dengan Putera Mahkota Mohammed bin Zayed dan dijangka terbang ke Riyadh kemudian ketika Barat berusaha untuk menamatkan pergantungannya kepada minyak Rusia berikutan pencerobohan di Ukraine.

    Lawatan beliau, ketika harga minyak menyaksikan turun naik yang melampau, bertepatan dengan kecaman baharu terhadap rekod hak asasi manusia Arab Saudi selepas 81 lelaki dibunuh dalam hukuman mati beramai-ramai Sabtu lalu.

    Johnson juga akan bertemu dengan pemimpin de facto Arab Saudi, Putera Mahkota Mohammed bin Salman kerana beliau menjadi salah seorang daripada segelintir pemimpin Barat yang melawat Riyadh sejak pembunuhan wartawan Saudi, Jamal Khashoggi pada 2018.

    Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dan Putera Mohammed tidak pernah bersemuka sejak Biden memegang jawatan dan berikrar untuk menganggap kerajaan itu sebagai negara ‘disisihkan’ berhubung pembunuhan Khashoggi, yang CIA menyalahkan kerajaan Arab Saudi.

    Jurucakap pemimpin United Kingdom itu menegaskan beliau akan membangkitkan kebimbangan hak asasi manusia dan hukuman mati baru-baru ini dan akan meminta Mohammed bin Salman untuk mengutuk Presiden Rusia, Vladimir Putin atas serangannya ke atas Ukraine. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bot karam di Kashmir India bunuh sekurang-kurangnya 4 orang

    SRINAGAR, 16 APRIL - Sebuah bot yang membawa sekumpulan orang terbalik di sungai di Kashmir yang dikuasai India pada hari ini, menenggelamkan empat daripada...