Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    PM Britain berisiko hilang tempat tinggal

    LONDON, 8 JULAI – Selepas menghiasi semula pangsapuri Downing Street secara mewah, Perdana Menteri, Boris Johnson dan isteri, Carrie Symonds berisiko kehilangan tempat tinggal dan menerima panggilan untuk mencari tempat baharu bagi majlis perkahwinan mereka.

    Pasangan itu berkahwin dalam satu majlis rahsia di London pada Mei 2021 yang dihadiri 30 tetamu ke pesta taman di Downing Street berikutan sekatan COVID ketika itu. Mereka merancang majlis resepsi lebih glamor di kediamannya di Checkers, barat laut London, pada 30 Julai ini. Ketika mengumumkan peletakan jawatannya semalam, Johnson berkata beliau akan kekal memegang jawatan sehingga pemimpin Konservatif baharu dipilih dalam beberapa bulan akan datang, mungkin sehingga Oktober.

    Namun, Daily Mirror dan Guardian melaporkan tempoh masa diberikan itu didakwa lebih berkait dengan keinginannya yang tidak mahu kehilangan faedah dalam majlisnya di Checkers, sambil menjelaskan bahawa jemputan juga sudah dikeluarkan.

    “Walaupun kita semua ingin perkahwinan mewah dengan perbelanjaan daripada pembayar cukai di Checkers, dia tidak akan dapat berbuat demikian kerana orang British akan melihatnya sebagai menjijikkan,” kata Datuk Bandar London, Sadiq Khan kepada radio LBC. – AFP

    Halaman depan akhbar British menyiarkan berita peletakan jawatan Boris Johnson di tengah London, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mula mengundi dalam pilihan raya terbesar dunia

    NEW DELHI, 19 APRIL - Berjuta-juta orang India mula mengundi pada hari ini dalam pilihan raya enam minggu yang merupakan referendum ke atas Narendra...