PM Britain dibenarkan keluar hospital

LONDON, 12 APRIL – Perdana Menteri Britain, Boris Johnson dibenarkan keluar dari hospital ini, kata jurucakap Downing Street, seminggu selepas dimasukkan untuk rawatan COVID-19 dan menghabiskan tiga hari dalam unit rawatan rapi (ICU).

“Perdana Menteri telah dibenarkan keluar dari hospital untuk meneruskan pemulihannya, di Checkers,” kata jurucakap itu, merujuk kepada kediaman perdana menteri di luar London.

“Berdasarkan nasihat pasukan perubatannya, PM tidak akan segera kembali bekerja.” – AFP