Saturday, April 20, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    PM Britain didenda langgar perintah COVID

    LONDON, 12 APRIL – Pejabat Perdana Menteri United Kingdom (UK), Boris Johnson hari ini berkata beliau akan dikenakan denda kerana melanggar undang-undang COVID berikutan dakwaan mengadakan pesta semasa perintah berkurung di pejabat-pejabat kerajaan dengan Ketua Perbendaharaan, Rishi Sunak juga akan didenda.

    Khabar itu muncul selepas pasukan Polis Metropolitan London berkata awal hari ini bahawa mereka telah mengeluarkan lebih 30 notis denda berhubung skandal ‘partygate’, yang mencetuskan kemarahan penduduk di Britain dan menyaksikan puluhan ahli politik serta pegawai disiasat mengenai dakwaan melanggar sekatan pandemik ditetapkan kerajaan.

    “Perdana Menteri dan Canselor Perbendaharaan hari ini menerima notis bahawa Polis Metropolitan akan mengenakan mereka notis denda,” kata jurucakap pejabat Johnson. “Kami tidak akan memberikan sebarang butiran, tetapi kami akan memaklumkannya nanti.”

    Masih belum diketahui berapa jumlah denda dikenakan ke atas Johnson dan Sunak.

    Johnson menafikan sebarang tindakan salah laku, tetapi dia didakwa berada di beberapa acara di pejabatnya di 10 Downing Street dan bangunan kerajaan lain yang masih disiasat polis.

    Boris Johnson (kanan) dan Rishi Sunak akan dikenakan denda kerana melanggar undang-undang COVID berikutan dakwaan mengadakan pesta semasa perintah berkurung di pejabat-pejabat kerajaan. – AFP

    Kerajaan Johnson tergugat oleh kemarahan awam mengenai pendedahan menganjurkan pesta di pejabat, sambutan hari jadi pada 2020 dan 2021 sementara jutaan penduduk di Britain dilarang dari bertemu rakan dan ahli keluarga kerana sekatan COVID kerajaan.

    Ribuan orang telah dikenakan denda antara 60 hingga 10,000 pound oleh polis kerana melanggar peraturan perkumpulan sosial.

    Parti pembangkang, yang sebilangannya ahli parti Konservatif yang memerintah, berkata Johnson sepatutnya meletak jawatan sekiranya dia dikenakan denda kerana melanggar peraturan yang dikenakannya kepada seluruh negara semasa pandemik.

    Secara keseluruhan, polis berkata mereka telah mengeluarkan sekurang-kurangnya 50 denda kerana melanggar arahan, tetapi tidak mendedahkan siapa yang didenda. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...