LONDON, 3 FEB – Perdana Menteri Britain Boris Johnson mengadakan rundingan hari ini dengan Kesatuan Eropah, berkata UK rela keluar tanpa satu perjanjian perdagangan besar daripada bersetuju untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh blok 27 negara itu.
Hanya 60 jam selepas Britain meninggalkan EU, negara pertama yang berbuat demikian, Johnson bersikap tegas mengenai hubungan masa depan. Dalam ucapan kepada pemimpin perniagaan dan diplomat antarabangsa di London, Johnson merancang berkata ‘kami mahu perjanjian perdagangan bebas.’
“Pilihannya bukan ‘perjanjian atau tidak ada perjanjian,’” yang dirancang dikatakan oleh Johnson, menurut petikan yang dikeluarkan oleh pejabatnya. “Soalannya adalah sama ada kami bersetuju dengan hubungan perdagangan dengan EU yang sama seperti dengan Kanada, atau Australia.”
Britain berkata ia mahu perjanjian perdagangan bebas ‘gaya Kanada’ dengan EU yang meliputi barangan dan perkhidmatan. Namun ia tetap tidak berganjak untuk mematuhi peraturan blok EU kerana ia mahu bebas untuk berkembang agar dapat memeterai perjanjian baharu lain di seluruh dunia.
Blok itu menegaskan tidak boleh adanya perjanjian perdagangan melainkan Britain bersetuju untuk ‘memain peranan sama rata’ dan tidak memintas peraturan EU, terutamanya dalam bidang perlindungan alam sekitar, hak pekerja dan standard kesihatan dan keselamatan.
“Tidak timbulnya keperluan perjanjian perdagangan bebas yang membabitkan penerimaan peraturan EU mengenai dasar persaingan, perlindungan sosial, alam sekitar, begitu juga dengan EU yang wajib menerima peraturan UK,” kata beliau. “UK akan mengekal standard tertinggi dalam bidang berkenaan – dan lebih baik, dalam banyak bidang berbanding EU – tanpa paksaan untuk mencapai perjanjian. Dan adalah penting untuk menekan-kan isu ini sekarang.”
Ketua perunding Brexit EU, Michel Barnier dijangka mengeluarkan draf garis panduan rundingan blok pada hari ini. Rundingan formal tidak dijangka bermula sehingga bulan depan, sebaik sahaja mereka telah diluluskan oleh 27 negara EU lain. – AP





























