PM Congo letak jawatan

BRAZZAVILLE, 6 MEI – Perdana Menteri Congo Clement Mouamba semalam menyerahkan surat peletakan jawatannya dan barisan kabinet kepada Presiden Denis Sassou Nguesso, menurut sumber terdekat presiden.

Peletakan jawatan itu diluluskan dan presiden merakamkan penghargaan serta ucapan terima kasih kepada semua menteri atas khidmat yang diberikan selama lima tahun,  lapor Agensi Berita Xinhua, memetik pengumuman kabinet. – Bernama