Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    PM doa kesembuhan agong, raja permaisuri

    KUALA LUMPUR, 3 APRIL – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendoakan kesembuhan dan kesihatan yang baik untuk Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

    Menerusi catatan di akaun Facebook hari ini, Perdana Menteri berkata seluruh Keluarga Malaysia turut menitipkan doa yang sama buat Seri Paduka berdua.

    “Patik dan seluruh keluarga Malaysia mendoakan agar Allah SWT mengurniakan kesembuhan dan kesihatan yang baik untuk Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong,” katanya.

    Semalam Bernama melaporkan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong menjalani kuarantin kendiri di Istana Negara setelah disahkan positif COVID.

    Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan memaklumkan Al-Sultan Abdullah akan menjalani kuarantin kendiri hingga Khamis ini manakala Tunku Azizah hingga Jumaat. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...