Monday, March 27, 2023
25.5 C
Brunei

-

PM Greece mohon maaf atas tragedi kereta api

ATHENS, 5 MAC – Perdana menteri Greece kelmarin meminta maaf kepada keluarga 57 orang yang maut dalam bencana kereta api terburuk di negara itu ketika beribu-ribu penunjuk perasaan berhimpun di Athens dan bertempur dengan polis.

“Sebagai perdana menteri, saya memohon maaf kepada semua orang, terutama kepada saudara-mara mangsa,” ujar Kyriakos Mitsotakis dalam mesej yang ditujukan kepada negara itu.

Nahas antara kereta api penumpang dan barang berhampiran bandar Larissa pada Selasa telah mencetuskan kemarahan yang meluas di seluruh Greece.

Beribu-ribu penunjuk perasaan yang marah berkumpul di luar parlimen di Athens hari ini berikutan gesaan daripada pelajar, pekerja kereta api dan pekerja sektor awam.

Wartawan AFP melihat pertempuran bertukar ganas antara polis dan penunjuk perasaan.

Mereka telah melepaskan beratus-ratus belon hitam ke langit untuk mengenang mangsa korban, dengan beberapa papan tanda bertulis ‘Jatuhkan kerajaan pembunuh’, manakala perkhidmatan kereta api dan metro lumpuh akibat tindakan mogok.

Michalis Hasiotis, ketua kesatuan akauntan bertauliah, memberitahu AFP mereka meluahkan kemarahan yang amat sangat, menyalahkan langkah yang ‘dahagakan keuntungan’ tetapi kurang mengambil langkah untuk melindungi penumpang yang mengakibatkan bencana itu.

Saudara-mara dan orang tersayang mereka yang terbunuh juga dijangka berkumpul hari ini di luar stesen Larissa, tengah Greece, berhampiran lokasi kemalangan.

Ketua balai yang terlibat dalam bencana itu akan dihadapkan ke mahkamah pada hari ini setelah perbicaraan ditangguhkan dari hari sebelumnya, di mana dia mungkin menghadapi pertuduhan membunuh akibat kecuaian. – AFP

Penunjuk perasaan berkumpul di hadapan parlimen Greece semasa tunjuk perasaan di Athens. – AFP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Menteri luar NZ luah kerisauan terhadap china

BEIJING, 26 MAC - Menteri Luar New Zealand, Nanaia Mahuta telah menyatakan kebimbangan kepada China mengenai sebarang peruntukan bantuan mematikan untuk menyokong Rusia dalam...
- Advertisment -