BAGHDAD, 6 OKT – Kabinet Perdana Menteri Iraq Adel Abdel Mahdi mengeluarkan beberapa siri pembaharuan awal hari ini selepas sesi ‘luar biasa’ semalaman dalam respon terhadap rapat antikerajaan besar-besaran yang telah mengorbankan hampir 100 orang.
Penduduk Iraq telah berkumpul di Baghdad dan seluruh kawasan selatan sejak Selasa untuk menuntut pembaharuan kerajaan, yang dijanji akan diatasi oleh Abdel Mahdi apabila beliau berkuasa kurang setahun lalu.
Awal hari ini, kabinet beliau mengeluarkan satu perintah termasuk lebih satu dozen pembaharuan, termasuk agihan tanah, pengerahan tentera dan gaji kebajikan yang lebih untuk keluarga yang memerlukan.
Sebagai respons kepada pengangguran belia, yang telah mencecah 25 peratus menurut Bank Dunia, kerajaan berkata ia akan menubuhkan kompleks pasar besar dan menambah faedah untuk mereka yang tidak mempunyai kerja.
Di selatan bandar Kut pada bulan lalu, seorang lelaki Iraq terbunuh selepas dia membakar dirinya kerana kecewa selepas pihak berkuasa menyita gerai telefon bimbitnya.
Sektor awam tetap majikan terbesar di Iraq, sebuah negara dengan 40 juta penduduk, namun ia telah bergelut untuk menyerap siswazah universiti baharu dalam beberapa tahun ini. – AFP


































