BAGHDAD, Iraq, 1 Feb – Perdana Menteri Iraq, Haider al-Abadi, berkata bahawa, keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS) untuk melarang warga Iraq untuk membuat perjalanan ke AS adalah satu yang tidak betul buat orang-orang yang selama ini “berkorban dan memerangi keganasan.”
Ulasan Abadi itu tiba empat hari selepas Trump meletakkan perintah menahan empat bulan dalam mem-benarkan pelarian masuk ke AS dan secara sementara melarang kemasukan pelancong dari Iraq dan enam lagi negara majoriti beragama Islam, mengatakan langkah itu akan melindungi Amerika daripada serangan-serangan pengganas.
“Cara perintah itu dikeluarkan adalah tidak baik dan menggambarkan satu kesalahan buat warga Iraq yang perlu diperbetulkan dan saya tidak mahu melakukan kesalahan sama kepada warga Amerika ketika ini,” ujar Abadi.
“Kami sedang mempelajari kesemua pilihan kami,” kata Abadi lagi, menambah bahawa dia berharap perintah itu akan berubah.
Isnin lepas, Kementerian Luar Iraq meluahkan rasa “kesal” atas sekatan terbaru oleh pentadbiran Trump terhadap kemasukan warga Iraq ke Amerika Syarikat, dan meminta Washington untuk mempertimbangkan kembali larangan itu.
“Ia begitu malang keputusan sebegitu dikeluarkan terhadap negara sekutu (Iraq), yang berkaitan dengan Amerika Syarikat dalam satu kerjasama strategik,” menurut kementerian luar dalam satu keterangan.
“Ia adalah perlu buat pentadbiran baru AS mempertimbangkan kembali keputusan salah ini,” menurut kementerian itu. “Iraq mempunyai keinginan sebenar untuk meningkatkan kerjasama strategik di antara kedua-dua negara.”
Keterangan kementerian itu tiba sehari selepas jawatankuasa hal ehwal luar parlimen Iraq mengundi bagi cadangan-cadangan bahawa kerajaan Iraq perlu meminta “imbalan” dan mengambil langkah-langkah tindakan terhadap keputusan Trump.
“Kami menolak keputusan Presiden Trump, Iraq kini dalam barisan depan dalam memerangi pengganasan dan kami adalah pihak yang memberikan syahid dan pengorbanan bagi satu perang yang kami perjuangkan bagi pihak seluruh dunia,” kata Hana nal-Fatlawi, seorang ahli jawatankuasa hal ehwal luar. – NNN