Tuesday, April 23, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    PM Ismail Sabri ke Jepun, perkasakan dasar pandang ke timur

    TOKYO, 23 MEI – Memperkasakan Dasar Pandang ke Timur serta memperkenalkan konsep Keluarga Malaysia dalam hubungan dua hala Malaysia-Jepun adalah antara intipati yang bakal diketengahkan Perdana

    Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika mengadakan lawatan kerja rasmi ke Jepun selama enam hari bermula hari ini.

    Lawatan ini adalah lawatan kerja rasmi sulungnya ke Jepun semenjak memegang jawatan sebagai Perdana Menteri pada 21 Ogos 2021.

    Sempena lawatannya, Ismail Sabri akan bertemu rakan sejawatnya Fumio Kishida, yang baru memegang jawatan itu pada Oktober tahun lepas.

    “Ini pertemuan pertama fizikal antara Perdana Menteri Malaysia (Ismail Sabri) dan Jepun (Kishida),” kata Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo Nor’ Azam Mohd Idrus mengenai pertemuan dua pemimpin itu yang akan berlangsung pada 27 Mei, kepada media Malaysia di Tokyo pada Isnin. 

    Ismail Sabri dan Kishida sebelum ini pernah mengadakan Sidang Kemuncak Jepun-Malaysia melalui sidang telefon pada 20 April lepas yang kedua-duanya menyentuh mengenai pelbagai isu serantau dan antarabangsa. – Bernama

    Nor Azam Mohd Idrus pada sidang media bersama wartawan Malaysia sempena lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Yaakob selama enam hari ke negara matahari terbit itu. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...