Thursday, April 25, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    PM Ismail Sabri ketuai delegasi M’sia ke Sidang Kemuncak ASEAN-AS

    PUTRAJAYA, 8 MEI – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Amerika Syarikat (AS) di Washingston D.C, pada 12 dan 13 Mei. 

    Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata selain beliau, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan juga akan mengiringi perdana menteri ke persidangan
    khas itu.

    Persidangan akan bermula dengan beberapa siri pertemuan pada 12 Mei dengan kemuncak pertemuan adalah pada pukul 3 petang 13 Mei, apabila Presiden AS Joe Biden mengadakan pertemuan dan mesyuarat dengan ketua-ketua kerajaan ASEAN.

    Menurut Saifuddin, perdana menteri dijangka mengutarakan beberapa isu serantau seperti
    Myanmar dan isu-isu antarabangsa lain dalam persidangan itu. 

    “Malaysia anggap pertemuan ini penting sebab AS adalah salah sebuah negara dialog ASEAN,” katanya dalam wawancara khas bersama beberapa media tempatan di pejabatnya di sini pada Sabtu. 

    Selain Presiden Fiilipina Rodrigo Duterte dan ketua junta Myanmar Jeneral Kanan Min Aung Hliang, kesemua lapan lagi ketua kerajaan negara-negara ASEAN akan menyertai sidang kemuncak khas itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Presiden Iran rasmi projek hidrokuasa dan pengairan Sri Lanka

    COLOMBO, 24 APRIL — Presiden Iran, Ebrahim Raisi tiba di Sri Lanka hari ini untuk merasmikan projek hidrokuasa dan pengairan yang telah lama tertangguh...