Saturday, June 10, 2023
22.6 C
Brunei

    -

    PM Ismail Sabri tiba di London

    LONDON, 10 MEI – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di sini awal pagi Selasa untuk menghadiri beberapa acara di ibu kota ini.

    Ketibaan Perdana Menteri di Lapangan Terbang Luton pada 2 pagi disambut Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di United Kingdom, Zakri Jaafar.

    Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia Zahid Rastam serta ketua-ketua jabatan dan agensi Malaysia yang berpejabat di London menyambut ketibaan Ismail Sabri di hotel penginapannya.

    Perdana Menteri, yang dalam perjalanan ke Washington DC bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-Amerika Syarikat, dijadual melawat Pameran Tenun Pahang: Menyulam Harapan yang diadakan sempena London Craft Week di bangunan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Belgrave Square, di sini. 

    Beliau turut dijadual menghadap Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, yang berada di London bagi pameran yang julung kali diadakan itu.

    Pameran Tenun Pahang Diraja bermula semalam diadakan selama seminggu sehingga Ahad (15 Mei) antara lain memperagakan tenunan dari penjara, yang menampilkan tenunan tradisional lengkap dengan penenun bertugas, fabrik arkib dari Muzium Pahang dan pilihan pakaian Tunku Azizah sendiri, selain koleksi Tenun peribadi.

    Perdana Menteri dijadual menghadiri majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri Keluarga Malaysia dengan rakyat Malaysia yang menetap di United Kingdom. – Bernama

    Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah (kanan) bersama Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (dua, kanan) melawat pameran Tenun Pahang Diraja yang dipamerkan di London Craft Week di Bangunan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Belgrave Square. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lelaki hilang pekerjaan, rehat lama dalam tandas

    CHINA, 9 JUN - Seorang lelaki China dipecat oleh majikannya kerana terlalu banyak menghabiskan masa di dalam tandas pada waktu bekerja antara 47 minit...
    - Advertisment -