Wednesday, April 24, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    PM Israel beri kebebasan penuh untuk bertindak

    TEL AVIV, 8 APRIL – Perdana Menteri Israel hari ini memberikan agensi keselamatan ‘kebebasan penuh’ ke atas operasi membendung ‘keganasan’ yang meningkat, selepas serangan berdarah menyaksikan seorang warga Palestin membunuh dua lelaki di sebuah kawasan terkenal.

    “Tidak akan ada penghujung bagi peperangan ini,” kata Perdana Menteri, Naftali Bennett, bercakap beberapa jam selepas serangan di Tel Aviv.

    “Kami memberikan tindakan kebebasan penuh kepada tentera, Shin Bet (agensi keselamatan domestik) dan semua pasukan keselamatan bagi menewaskan ‘keganasan’ ini,” tambahnya.

    Pejuang Islam Palestin, Hamas, yang mengawal Semenanjung Gaza, dan pasukan Jihad Islam memuji serangan tersebut tetapi tidak mengaku bertanggungjawab.

    Awal hari ini, polis Israel berkata mereka telah menembak mati seorang penduduk Palestin yang dikatakan membunuh dua lelaki Israel dan mencederakan belasan lain apabila dia melepaskan tembakan di jalan yang sesak dan restoran yang penuh pada malam kelmarin.

    Kira-kira 1,000 anggota polis yang lengkap bersenjata dan pasukan tentera dikerahkan di seluruh Tel Aviv untuk memburu suspek tersebut selama beberapa jam, ketika penduduk bersembunyi di dapur restoran dan rumah mereka.

    Menteri Pertahanan Israel, Benny Gantz, bercakap bersama Bennett, berkata pegawai telah ‘menahan kira-kira 200 orang’, menambah bahawa ‘jika perlu ribuan lagi akan ditahan’. – AFP

    Pasukan keselamatan Israel memburu seorang warga Palestin yang dikatakan membunuh dua lelaki Israel di sebuah kawasan terkenal. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...