PM Ivory Coast meninggal dunia

ABIDJAN, 9 JULAI – Perdana Menteri Ivory Coast, Amadou Gon Coulibaly meninggal dunia semalam selepas menghadiri mesyuarat kabinet, tiga bulan sebelum pilihan raya presiden di mana beliau dijangka bertanding. Beliau berusia 61 tahun.

Coulibaly ialah calon gabungan pemerintah RHDP untuk presiden dalam pilihan raya yang dijadual diadakan pada Oktober. Beliau dilantik perdana menteri pada 2017.

“Saya sangat sedih untuk mengumumkan bahawa Perdana Menteri Amadou Gon Coulibaly, ketua kerajaan, meninggalkan kami pada awal petang ini selepas menghadiri mesyuarat kabinet,” kata Setiausaha Agung Presiden Ivory Coast, Patrick Achi. – AFP