PM Ivory Coast terima rawatan di Perancis

ABIDJAN, 13 MEI – Perdana Menteri Ivory Coast, Patrick Achi berada di Perancis untuk rawatan perubatan setelah mengalami pendarahan usus, kata sumber rapat dari pejabatnya hari ini.

Achi, 65, telah berada di Perancis tiga hari dan dijadualkan pulang Jumaat ini, kata sumber itu kepada AFP, meminta untuk tidak disebutkan namanya.

Pihak berkuasa Ivory Coast tidak memberikan maklumat mengenai perjalanan tersebut dan tidak memberi kenyataan balas kepada AFP.

Achi, tokoh kerajaan veteran yang dekat dengan Presiden Alassane Ouattara, adalah perdana menteri ketiga negara Afrika Barat pada tahun lalu setelah dua perdana menterinya sebelum ini meninggal dunia.

Beliau menggantikan Hamed Bakayoko, 56, pada Mac lalu, yang telah diterbangkan ke Jerman dengan barah dan meninggal dua hari kemudian.

Bakayoko menjawat jawatan itu pada Julai 2020 setelah Amadou Gon Coulibaly meninggal dunia pada usia 61 tahun kerana masalah jantung. – AFP