Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    PM Jepun adakan lawatan ke Thailand dari 1-2 Mei

    BANGKOK, 28 APRIL – Lawatan rasmi yang julung kali diadakan Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida ke Thailand dari 1 hingga 2 Mei, bakal mengukuhkan lagi hubungan dua hala serta memacu kerjasama dalam pelbagai aspek.

    Kunjungan itu adalah sebahagian daripada lawatan lapan hari Kishida ke tiga negara Asia Tenggara (Indonesia, Vietnam, Thailand) dan dua negara Eropah (Itali dan Britain).

    “Lawatan itu peluang baik untuk perdana menteri kedua-dua negara membincangkan isu berkaitan hubungan Thailand-Jepun dan memperkasa kerjasama akan datang dalam segenap dimensi di peringkat dua hala dan serantau, selain bertukar-tukar pandangan mengenai situasi serantau dan antarabangsa,” menurut kenyataan Kementerian Luar Thailand.

    Atur cara lawatan termasuk mesyuarat dua hala di Rumah Kerajaan pada 2 Mei antara Kishida dan Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha. Kedua-dua pemimpin juga dijangka menyaksikan majlis menandatangani perjanjian antara agensi berkaitan dan mengadakan sidang media bersama.

    Kishida kemudian dijangka menghadiri majlis makan malam yang dihoskan Prayuth. Kunjungan itu adalah yang pertama oleh perdana menteri Jepun dalam tempoh sembilan tahun, sejak lawatan bekas Perdana Menteri Shinzo Abe pada 2013.

    Lawatan itu diadakan sempena ulang tahun ke-135 hubungan diplomatik dan ulang tahun ke-10 Perkongsian Strategik antara Thailand dan Jepun. Selain itu lawatan Kishida juga bertepatan dengan peranan Thailand selaku penyelaras ASEAN-Jepun (2021-2024). – Bernama

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...