Thursday, September 19, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    PM Jepun batal lawatan berhubung nasihat gempa bumi besar

    TOKYO, 9 OGOS – Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida hari ini membatalkan lawatan empat hari yang dirancang ke Kazakhstan, Uzbekistan dan Mongolia, selepas agensi meteorologi mengeluarkan amaran risiko potensi gempa bumi besar di kawasan luas Pasifik yang merentangi dari barat daya hingga tengah Jepun telah meningkat.

    Agensi Meteorologi Jepun mengeluarkan nasihat pertama untuk kawasan sekitar Palung Nankai beberapa jam selepas gempa bumi berukuran 7.1 magnitud melanda barat daya negara itu, kelmarin.

    Berita Kyodo melaporkan Kishida berkata pada sidang media selepas menghadiri upacara keamanan di Nagasaki yang menandakan ulang tahun ke-79 pengeboman atom oleh Amerika Syarikat (AS), bahawa beliau membatalkan lawatan luar negara untuk ‘memberi tumpuan kepada tindak balas kerajaan dan penyebaran maklumat’ mengenai potensi gempa bumi besar.

    “Sebagai pegawai tertinggi yang bertanggungjawab dalam pengurusan krisis negara, sebagai langkah berjaga-jaga tambahan, saya harus kekal di Jepun sekurang-kurangnya selama seminggu,” sementara agensi cuaca menyeru orang ramai untuk bersiap sedia menghadapi senario sedemikian, tambah Kishida. – Bernama

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda