PM Jepun gesa Korea S alih patung ‘wanita penghibur’

TOKYO, 8 Jan – Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe menyeru Korea Selatan mengalihkan patung ‘wanita penghibur’ yang telah mencetuskan semula pertikaian diplomatik berhubung penghambaan seks waktu perang Tokyo.

Ketegangan meletus Jumaat lalu apabila Tokyo memanggil semula dutanya ekoran patung itu yang ditempatkan di luar konsulnya pada bulan lalu di Busan, melambangkan wanita yang terpaksa bekerja di rumah pelacuran ketenteraan Jepun kebanyakannya ketika Perang Dunia II.

Jepun mengatakan ia membantah perjanjian 2015 antara negara-negara berjiran itu yang bermaksud menamatkan isu ‘wanita penghibur’ yang begitu beremosi dan berdekad-dekad lamanya, dengan permohonan pihak Jepun dan pembayaran wang.

“Jepun telah pun membayar satu bilion yen kerana kami dengan ikhlas memenuhi obligasi kami. Saya berpendapat kini terpulang kepada Korea Selatan untuk menunjukkan keikhlasan dalam cara yang tidak goyah,” Abe berkata dalam satu program yang di ke udarakan hari ini di penyiar awam NHK.

Kegetiran kehidupan wanita-wanita itu telah mencemari hubungan selama berdekad-dekad lamanya, tetapi kerajaan Abe dan Presiden Korea Selatan Park Geun-Hye telah mencapai perjanjian pada lewat 2015 untuk akhirnya menyelesaikannya.

Di bawah perjanjian itu, yang disifatkan oleh kedua-dua negara berjiran itu sebagai ‘muktamad dan tidak boleh ditarik balik’, Jepun memohon maaf dan membuat pembayaran satu bilion yen kepada wanita-wanita penghibur yang masih hidup. – AFP