PM Jepun kembali bertugas

TOKYO, 19 OGOS – Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe kembali bertugas hari ini selepas bercuti selama tiga hari, termasuk untuk menjalani pemeriksaan kesihatan di hospital, yang mencetuskan spekulasi mengenai keadaan kesihatannya, lapor agensi berita Sputnik.

“Saya menjalani pemeriksaan demi menjaga kesihatan saya. Saya sudah kembali bertugas semula sekarang dan berharap dapat bekerja dengan lebih kuat,” kata Abe memetik laporan Kyodo.

Khabar angin mengenai keadaan ahli politik berusia 65 tahun itu timbul selepas dilaporkan beliau mengalami muntah darah pada Julai lalu. Sementara itu, sumber terdekatnya berkata perdana menteri itu terlalu penat selepas berbulan-bulan mengetuai negara untuk mencegah COVID-19. – AFP